Khamis, 2 Jun 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi

Assalamualaikum semua ...

Dah hampir 3 minggu tak update blog ni ... tak sempat nak menulis sebenarnya ... sekarang dah musim budak sekolah cuti pertengahan tahun, anak2 pun dok ada kat rumah, tak ke mana2 ... kebiasaannya balik kg at least seminggu, so bermula esok aku ambik la cuti seminggu utk balik kg nun jauh di pantai timur ... waktu macam ni la ambil peluang ziarah mak ayah yg masih hidup, nanti diaorg dah takder, taktahu ke mana hala tuju plak ... cuti banyak, cuma kena plan baik2 ajer la ... tp biasanya cuti aku habis sbb balik kg sempena cuti sekolah hehehehe ...
Sebelum tu, aku dok fikir siapa nak jaga arnab2 ku yg tak seberapa tu, terutama yg ada anak2 kecil? fikir punya fikir, aku ambil keputusan jual aje la ... so sekarang yg tinggal induk ajer ... arnab2 kg ku yg 4 ekor habis dijual bersama2 anak depa (kira jual pakej, ibu dan anak2) ...

Pg semalam, arnab mix anggora ku yg pernah beranak 6 ekor (tengok post pertama), beranak 5 ekor ... alhamdullillah, semua sihat setakat ni ... harapnya, ketiadaanku selama bercuti ni tiada apa2 masalah ... air insya allah tiada masalah sbb dah sambung direct ngan paip air (kecuali bekalan air tiada atau paip getah utama tercabut, itu takboleh nak buat apa2 la) ... makanan tu, aku bajet dapat bertahan seminggu dlm bekas aluminium yg kubeli drpd Pak Omar, arnab Riverstone ... apa2 hal, aku tawakkal ajer la ... dah nasib org jauh, nak buat macam mana kan ...